Thursday, September 28, 2006

SOAL JAWAB ( bhg 1 )

Soalan:
Adakah puasa difardhukan ke atas umat yang dahulu. Kalau difardhukan ke atas mereka, pada bulan apakah diwajibkan berpuasa.
Jawapan:
Puasa telah difardhukan ke atas umat dahulu dalam bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w.

Soalan:
Bagaimana hendak diketahui awal Ramadhan
Jawapan:
Diketahui Ramadhan dengan cukup Syaaban 30 hari atau dengan nampak anak bulan Ramadhan pada malam 30 syaaban atau dengan perisytiharan pihak Kerajaan.

Soalan:
Berapakah rukun puasa.
Jawapan:
Rukun puasa ada tiga perkara:
1. Niat
2. Orang yang berpuasa
3. Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Soalan:
Bilakah yang dikatakan Hari Syak
Jawapan:
Hari Syak ialah hari 30 syaaban dengan syarat:
1. Pada malam 30 Syaaban itu cuaca terang:
2. Orang fasik mengatakan dia nampak anak bulan
.

Soalan:
Adakah harus berpuasa di Hari Syak
Jawapan:
Mengikut pendapat yang kuat tidak harus berpuasa di hari tersebut kecuali puasa qada' dan nazar. Bagi mereka yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis maka harus baginya berpuasa.

1 comment:

Aku said...

hi saiff, selamat tahun baru dan aidil adha.

take care

XXX