Wednesday, April 26, 2006

Latest Album - TRANSKRIPSI


Assalamualaikum dan salam kebahagiaan buat semua...

TRANSKRIPSI adalah himpunan perasaan atau rasa yang menyatu dalam hidup kita selama ini. Ia ditutur lalu ditulis dan dilagukan mengikuti emosi dan ekspresi. Ia dicantumkan dari keindahan lagu dan penceritaan lirik yang nada-nadanya tercipta daripada luahan serta terjemahan hati.
Segala ekspresi yang terlahir ini adalah satu perkongsian rasa kita semua. Sipu yang manis, rajuk yang mengguris atau amarah yang menghiris. Atau rasa bahagia yang bertandang, duka yang panjang, kecewa yang mengundang jua rindu waktu bayang menghilang. Ia juga menjadi sakit yang tak nampak deritanya atau bangga yang tak diungkap sedalamnya. Perasaan menjadi pancaindera, peka pada segala, mampu merasa pada sesuatu yang tak terzahir di mata.
Apa yang perlu adalah kita mewarnakan perjalanan hari. Bila ia mahu berhenti, berhentilah dengan keindahan abadi. Kita ini insan yang impiannya melebihi ketinggian langit, yang rasa kemahuannya melebihi keupayaan yang dibangkit, yang makna kehendaknya tidak seperti upaya yang terbit. Keterbatasan inilah yang akhirnya membuat kita semua kembali ke pangkal dan berpamit.
Di atas transkrip ini, saya mengakui HIDUP PENUH BICARA dan BILA HARUS MEMILIH, jalannya penuh dilema. Di mana haluan dan di mana panduan atau ke arah mana hala? RUPANYA KITA SERUPA, kita sesama insan sentiasa CUBA UNTUK MENGERTI agar jalan bisa seiring dan tangan boleh seganding. Atas kebersamaan ini IMPIANKAN NYATA kerana seupayanya kita cuba menjadi sesuatu di antara satu sama lain.
HATI BERBISIK penuh rasa kebahagiaan di atas kehadiran kalian yang begitu besar maknanya. SITI SITU SANA SINI yang kalian jejaki memanjangkan usia keberadaan saya dalam industri ini. Segala yang ditempuh penuh warna dan saya lalui TANPA DENDAM DI HATI. Dalam sejuta ketabahan itu, adakala tertanya sendiri, BISAKAH semuanya diharungi?
PASTIKAN suatu waktu kita akan saling berdepan dengan kebahagiaan dan permasalahan yang sama namun BIARLAH RAHSIA menjadi perkara paling tersembunyi dan INTRIG CINTA akan menemui DESTINASI CINTAnya sendiri.
Dan akhirnya TRANSKRIPSI merungkai segalanya dan menjadi buah tangan teristimewa daripada saya.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja di sebalik penghasilan album ini. Penerbit, pencipta lagu, penggubah lagu, penulis lirik, jururakam, jurutera bunyi, penyanyi latar dan pemuzik, nama serta kerja kalian semuanya sudah tercatat di sini. Saya amat berterima kasih dan berbesar hati.
Pengorbanan mak, abah, seluruh keluarga dan kakitangan SNP serta pengedar album (belum tau…) setiap apa yang telah dicurahkan akan saya ingati, moga usaha kita diberkati.
Para peminat di mana jua yang sudah lama menanti dan memberi inspirasi, abadikan TRANSKRIPSI di hati.
Pihak media cetak, media elektronik dan juruhebah di dalam mahupun di luar negara, terima kasih di atas sokongan yang diberikan selama ini. Album ini tanda perjuangan saya belum berhenti.
Semoga berpuas hati.


Salam sayang buat semua.Siti Nurhaliza

Latest Album CT


BIARLAH RAHSIA

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlalu
Entah Siapa Yang Tahu

(2)
Mungkin Nanti Kau Jua
Merasakan Berdepan Dengan
Kata MenyesakkanTakkan
Tugumu KebalTiada Pertimbangan

Chorus
Keheningan Malam Membangunkan

Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi
Dan Kisahku Yang Masih Panjang

Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku PendamKu
Putuskan Biarlah Rahsia

Bridge
Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata KataBertulangkan Dusta

Ulang chorus
Pernahkah Kau Bermimpi SeketikaBerada Di Tempatku


p/s : R tujukan lagu nie utk aku , best nyer lagu nie .... Sayang R


Friday, April 21, 2006

Dinner - 20/04/2006

sharp 7.15 aku sampai midvalley to have dinner with R , ermm ksian R kena tunggu saya kat sana lama sangat hehehh ....aku sms dia sharp 7.00 kena ader but aku yang lambat 15min ...ermmm apa apa aku dah minta maaf kat dia ...kami pi sembahyang mahgrid dulu ...yang penting didahului ...so selesai solat kami pun cari tempat makan , ermmmmmmm si R nie lapar sangat ksian dia but tak tahu nak makan apa ..so kami pun jalan2 lah nak cari tempat makan kat sana ...so kat trberhenti kat chilis ..so kami pun masuk , and wait for sit....ermm sebab ramai orang makan kat sana so kena lah tunggu .

after that kami pun dapat tempat duduk yang utk sembilan orang ..bayangkan kami bdua makan kat meja yang besar mcm tu hehehehhehehehe, but anway tq kat waitress tu hehehehhehe. So kami pun mulakan pencarian nak makan apa ...so i makan pasta with basil chiken + ice lemon tea and R lupa lah sayang makan apa + apple jus ...Dalam masa yang sama my frenz keje kat sana yang aku tak pernah jumpa ..atlast jumpa lah kat sana ...ermmm not bad orang nyer ..but i still like R hehehehheheheh...For me R is very gentle person ...

Kami makan chip dulu seblum main dish sampai ..so sambil borak n makan chip ..ermmm tiba2 semalam aku tak leh nak bkata apa apa ..hehehhehe sebelum nie pun dah jumpa R kat Putrajaya , bawa dia jalan2 kat alamanda n my office...hehehheheh ..back to the story ....hehehehheheh yang layan aku n R ialah my frenz ...N lah yang layan kami dia yang hantar chip , our main dish hehehehhehe...so si R pun dengar lah perbualan kami ..lepas tu si R menyakat dengan mengulang apa yang N ckp pada aku ..Geram sungguh aku masa tu ..but i like R cause dia pandai pujuk hehehehehheheh like R . Setiap kali N ckp dia kan ulang pada aku .....geram sangat ....

lepas abis makan aku n R pun sambung bborak sambil makan Chip 3 kali refill air ,,, ermmm terkencing2 aku dibuatnyer .... N hantar manis kat aku n R , ermm but memang tak larat lah sebab kek , perut dah penuh ...after 3 time R refill kita pun balik, N juga yang hantar bill kat R hehehehheh.....N and aku just frenz ...

kuar pada chilis ... i feel so full sebab kenyang sangat Alhamdulillah ...tq R cause belanja dinner smalam...so kami pun masuk midvallery sebab aku nak balik , but R nak pi tengok LAB series , so tunggu dia beli ..after that aku pun balik lah sebab aku naik komuter takut tak sempat pulak aku ....hehehhe masa nak balik tu ... i feel something but let it be ....the moral of the story i really enjoy hangout with R yesterday ....ermm i gonna miss R cause dia nak pi Indonesia ader trip ....dont be notty kat sana ...hehehehhehehehh enjoy ur holiday okay ...

Saif 21/04

Wednesday, April 12, 2006

Find ?

Find the one that makes your heart smile

Dream what you want to dream
Go where you want to go
Be what you want to be
Love who really love you
Because you have only one life
And one chance to do all the things you want to do

May you have enough happiness to make you sweetttttt


P/s : i really miss my frenz ...especially my frenz who very nearest with my place ..somewhere in bangi ..MISS U DUDE ,,hope we can meet

Friday, April 07, 2006

MOST ???



To Someone I Met Here
Whom I Love Most Dear

"Why Do We Hurt The Most
The Ones We Love The Most?"


Gubra - 2006

Thursday, April 06, 2006

Kawan Baru

semalam aku pi hantar Ot kat HQ KLCC Tower , ermm aku malas nak pakai baju opis so aku pakai aje lah tshirt n jeans ...ermmm dah lama juga aku tak pi klcc , tu lah smalam aku pi klcc pi ofis n lepak sorang2 kat gloaria jeans tengok orang hehehhehehe....but nasib baik aku free that time so kitaorang pi breakfast kat Asian Dining kat level5 , ermmm bayangkan pagi2 buta pi klcc apa yg buka hahahahhah

So aku pun pi lah bfast ngan kawan aku , ermmm kul 10 kawan aku nak masuk opis keje lah beb , hehehehh aku nie tak tahu nak pi mana lepak lah kat kl sentral sementara tunggu lunch hour sebab kawan aku nak makan tengahhari ngan aku skali kat kLCC , so aku pun lepak lah skejap kat KLCC ....

tengah2 lepak aku didatang seorang lelaki yang aku tak kenal , peramah nyer mamat nie buat aku takut pulak , but aku berani kan diri bbual ngan dia , ermm baik nyer dia ....kami pun bborak lah sampai kul 12.00 aku pun minta diri nak pi klcc ader janji , dia pun hulurkan card dia ..."kalau senang2 call lah saya " dia menyapa aku ....perhhh dpt kawan baru hehehehheheheheh

aku pun pi lah klcc seperti yang dijanji kan utk makan bsama ngan kawan aku ..tak disangka2 ..mamat yang aku jumpa kat kl sentral tu hahahahahahahah kawan kpd kawan aku ..hahahahahah what the small world , ermmm lepas abis makan , mamat tu menawarkan diri nak hantar aku balik umah , so aku pun ikut lah dia balik

ermmmm tak sangka n tak tersengaja pjumpaan kami nie ...ermmm malam tadi dia call n nak kenal aku ...heheheh this weekend dia ajak aku pi jalan2 cari makan ....

best dapat kawan baru....

Monday, April 03, 2006

Apa Hak Aku?

Berhakkah aku mencintai dia?
Bila aku bukan siapa-siapa
Berhakkah aku memiliki dia?
Bila aku bukan siapa-siapa
Berhakkah aku cemburui dia?
Bila aku bukan siapa-siapa

Lalu......apa hak aku ?
Mungkin cuma satu
Memimpikannya

Tapi...
Berhakkah aku berharap
Agar mimpi-mimpiku menjadi kenyatan

Berhakkah Aku

Cinta

Kenapa bila kita bercinta pasti kebahagiaan yang kita kecapi ,
Kenapa bila kita putus cinta pasti sengsara yang kita rasai,

Adakah bila kita merindui ,
Pastikah kita juga dirindui,

ermmm pastikan cinta yang kita dapat ialah cinta yang betul2 ikhlas bukanlah cinta yang skadar dipinggiran saja ...ermm aku rimas ngan ungkapan cinta nowdays ..aku rasa mereka solah2 tidak faham akan apa tu cinta....aaargggghhhh persetan kan semua tu ..apa yang aku tahu ..UTAMAKAN DIRI ANDA N KERJA ANDA ....tu lg bagus ,,,ko keje ko dapat duit ...ko fikir pasal cinta sakit yang ko dapat ....bukan aku salahkan CINTA ...kerana CINTA tu indah ...cinta tu suci , cinta tu bersih dan cinta tu segalanya...

Mungkin pengalaman lalu membuat kan aku serik n takut utk bcinta ...ermmmm aku cemburu tgk orang bcinta , knp mereka boleh bahagia sedangkan aku tak boleh ..ermmm apa salah n kurangnyer cinta aku ...ermmmm....aku cuba tebus ksalahan aku yang lepas , ambil pengajaran yang lepas ..but aku masih gagal dalam bcinta juga ..ermm kena mandi air bunga ker aku nie ...ermmm tapi tu semua karut ,,mandi air bunga baru dapat cinta sejati arrggghhhh.....

Dah mungkin cinta aku masih belum aku temui , aku sabar menunggu tp tak tahu sampai bila harus aku menunggu cinta tu ...

CINTA
hadir mu membuat sinaran yang indah ,
kau hadir tanpa dpaksa,
kau hadir buat semua gembira ..
Hadirlah dalam diri ku CINTA