Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud A.S. Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu-satu hal. Setelah wafatnya Nabi Daud, Nabi Sulaiman membesarkan kerajaan di bawah pimpinannya. Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.
Perjalanan mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman terpandang suatu benda yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin Ifrit, “Wahai Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari”. Jin Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa.
Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh jin yang lain menyelam untuk mendapatkan benda terbabit, namun malangnya jin tersebut pun gagal berbuat demikian. Akhirnya Nabi Sulaiman pun berkata kepada Ashif bin Barkhiya, yakni oraang yang mendapat ilmu terus dari Allah, “Sekarang aku perintahkan kepadamu agar pergi ke laut dan dapatkan benda ajaib yang aku maksudkan”. Ashif bin Barkhiya pun menyelam dan terlihat suatu benda yang menyerupai kubah yang diperbuat dari kapur putih.
Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif bin Barkhiya membawa naik kubah ajaib tersebut dari dasar laut dan mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman. Apabila Nabi Sulaiman melihat kubah itu dan berkata, “Wah, alangkah indahnya benda ini, tapi mengapakah aku tidak dapat melihat isi kandungan dalam benda ini padahal Allah telah memberikan mukjizat yang mana penglihatanku dapat menembusi segala sesuatu”.
Nabi Sulaiman pun berdoa kepada Allah supaya dia dapat melihat isi di dalam kubah berkenaan dan Allah memperkenankan doanya. Sejurus selepas berdoa, maka terbukalah kubah tersebut dan Nabi Sulaiman melihat ada seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji Allah. Nabi Sulaiman lalu berkata, “Maha suci Allah lagi Maha Besar”. Mendengar seruan Nabi Sulaiman, maka pemuda itu pun bangun dari sujud lalu memberi salam.
Nabi Sulaiman menjawab salam dan memulakan pertanyaan, “Siapakah kamu wahai pemuda! Adakah kamu malaikat, jin atau pu manusia?” Jawab pemuda itu, “Aku hanyalah seorang manusia biasa”. Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Apakah yang membuat kamu memperolehi kemuliaan sedemikian rupa? Apakah amal yang pernah engkau kamu lakukan sehingga Allah menurunkan rahmat dan berkah yang tidak ternilai ini kepada kamu?” Pemuda itu berkata, “Saya berbakti kepada kedua ayah dan ibuku”.
Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Bagaimanakah kamu berbakti kepada orang tuamu?” Jawab pemuda itu, “Saya memelihara mereka berdua sehingga mereka lanjut usia. Kedua ayah dan ibuku adalah orang yang soleh, mereka sangat takut dan taat kepada Allah. Sejak saya kecil hingga dewasa, mereka memelihara saya dengan baik sekali, mereka juga selalu mendoakan saya agar saya menjadi seorang yang soleh. Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut dalam pemeliharaan saya dan yang tinggal hanya ibu saya yang sudah tua, lemah dan sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh”.
Sambung pemuda itu lagi, “Saya satu-satunya orang yang merawat dan menguruskan keperluannya. Saya selalu mengangkatnya untuk mandi dan saya memandikannya. Segala urusan makan dan minum saya uruskan dan saylah yang menyuap makanan padanya. Ibu saya selalu mendoakan supaya saya dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidup serta memberikan saya setelah wafatnya sebuah tempat yang bukan di dunia atau pun di langit. Setelah ibu saya wafat, saya berjalan-jalan di tepi laut dan saya lihat ada suatu kubah dari mutiara. Saya mendekati kubat tersebut dan pintu kubah terbuka. Apabila saya masuk ke dalam, pintu kubah ini tertutup, maka tidaklah saya ketahui sama ada saya berada di bumi atau langit”.
Nabi Sulaiman bertanya, “Kamu hidup di zaman mana?” Pemuda itu menjawab, “Saya hidup di zaman Nabi Ibrahim A.S”. Nabi Sulaiman mengirakan umur pemuda tersebut dan dalam kiraannya umur pemuda itu telah mencapai 14,000 tahun, tetapi tiada satu uban pun pada rambutnya. Nabi Sulaiman lalu bertanya, “Apakah tuan merasakan nikmat Allah? Bagaimana Allah memberikan rezeki padamu dalam kubah ini?” Pemuda itu berkata, “Setelah saya berada di dalam kubah ini, maka tahulah saya bahawa Allah telah menciptakan syurga khusus buat saya”.
Nabi Sulaiman teringin sangat melihat syurga yang pemuda itu katakan. Kemudian pemuda itu pun berdoa kepada Allah lalu susana di dalam kubah yang gelap tiba-tiba bertukar menjadi terang-benderang. Terkejut Nabi Sulaiman sambil berkata, “Maha suci Allah seru sekian alam”. Satu pemandangan yang tak ada di dunia ini terpampang di hadapan Nabi Sulaiman dan rombongannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang indah, kolam air susu dan madu serta suara-suara yang merdu di dalamnya.
Pemuda itu berkata, “Jika saya lapar, saya makan bermacam-macam buah-buahan yang pelbagai macam cita rasa, semua makanan yang saya ingin akan tersedia dan kalau saya haus, akan tersedia pula bermacam-macam jenis minuman yang paling lazat”. Nabi Sulaiman bertanya lagi, “bagaimana kamu dapat mengetahui siang atau malam?” Jawab pemuda itu, “Apabila terbit fajar maka kubah ini akan menjadi putih dan apabila matahi terbenam kubah ini akan menjadi gelap”. Kata pemuda itu lagi, “Cukuplah, sebab saat ini saya harus mengadap kembali pada Allah untuk solat dan zikir, bertasbih dan mengsucikan serta memuji kebesaranNya”.
Nabi Sulaiman dan rombongannya segera keluar dari kubah tersebut dan pemuda itu berdoa kepada Allah, lalu tertutuplah kembali kubah itu. Nabi Sulaiman termenung sejenak memikirkan peristiwa yang dilihatnya sebentar tadi dan mengarahkan Ashif bin Barkhiya untuk membawa kubah tersebut kembali ke dalam laut di tempat asalnya. Setelah itu Nabi Sulaiman berkata kepada rombongannya, “Untuk pertama kali aku menjumpai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah, aku bersyukur kepada Allah dan semoga bertambah iman dalam sanubariku. Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan apa pun di dunia ini melainkan dengan kehendak Allah S.W.T”.
Sumber: Himpunan kisah-kisah teladan
Kepada semua pembaca, kasihlah kepada ibu bapa kita sementara mereka masih ada di dunia dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kita sewaktu kecil. Fikirlah sejenak, apakah sumbangan kita terhadap keduanya? Apakah sudah cukup kasih sayang dan perhatian kita untuk mereka? Sudah cukupkah bakti yang kita lakukan semasa usia mereka lanjut dimamah usia? Adakah kita ini tergolong dari golongan yang berbakti kepada ibu bapa? Bersama kita renungkan dan kita amalkan, insyaAllah. Ingatlah, doa ibu bapa terhadap anaknya adalah mujarab dan tiada hijab antaranya dengan Allah.
Monday, July 12, 2010
Monday, July 05, 2010
Assalamualaikum
Salam n selamat pagi pada semua, semoga ceria2 selalu hendaknya , biasalah hari nie isnin sure ramai yang malas nak bangun awl pi keje. tp cause dah tanggungjawab so kena bangun juga n pi keje heheheheh.....aku pun sama malas nyer nak bangun ari nie , baru nak baik demam ....
1st nak citer pasal konsert ella ngan simfoni kebangsaan , perhh no bad lah....vokal ella memang mantap ...best sangat ..terhibur sangat dengar suara dia ...hehehehehheheheh ...
mentor pulak , mohd menang , alhamdulillah rezeki ...semoga mohd akan jd penyanyi yang disegani InsyaALlah
Friday, July 02, 2010
DEMAM
huhuhuhu demam ari nie , tiba2 pulak badan panas n flu aduhhhhh ...dah lah ari nie nak pi tgk konsert ELLA...sure tak excite tgk cause badan tak sedap......smalam lg dah rasa tak berapa sedap badan nie ......smalam tak lena tido cause rindu sangat kat seseorang.....rindu giler ......makan pun tak ada selera nie .....dah makan ubat pun tak kebah juga aduhhhhhhh .....
Thursday, July 01, 2010
Ella with the National Orchestra symphonic
esok nak pi tgk konsert Ella kat Istana Budaya dengan my best friend hasbul , eddy and kak lin ...hehehehehheheheh gara-gara tgk mini kosert kat Padang Permata Bangi, dan dan nak pi tgk full konsert ...matilah hehehehehehhehe ...since when diaorang minat ELLA pun tak tahu lah , tapi dah orang belanja ..so pi aje lah tgk ....kalau agak2 mata dah layu tido aje hehehehehhehehehehe ....rindu gile kat someone...
Wednesday, June 30, 2010
Synopsis Eclipse
Bella Swan is reunited with the love of her life (and vampire), Edward Cullen. Her life is back to the way it was before the Cullens left, except for one major thing. Before Edward left, Bella had not considered Jacob Black (werewolf) her best friend, and she is in vain trying to make Edward and Jacob make peace and be friends. She is torn between the love she feels for Edward and the strong friendship between her and Jacob. Can she make them see reason, and can they be good to each other to keep from hurting Bella? And there are new dangers lurking around the corners; Seattle is stalked by mass murderers beyond humanity. Who's behind this, and what connection does it have with Bella? Everyone sparkles.
Tuesday, June 29, 2010
Sejuta Nafas Cinta
Sejuta nafas cinta
Bergelut rindu dendam
Membuat diri hilang arah dan pedoman
Sejuta nafas cinta
Mengintai hijab kasih
Membuat diri asyik dan kasmaran
Sunyi mengundang ilham indah kata-kata
Sepi cinta madah hias duka lara
Kau penawar jiwa
Kau sinar segala-gala
Andai cinta gurauan untuk apa tangisan
Beralah malam siang bertakhta
Hariku masih gelita
Beredar hujan panas berlegar
Rindu masih tegar
Sejuta nafas cinta
Menyulam rintih pilu
Membuat diri racau dalam lamunan
Seronok nyerrr
Assalamualaikum WBT
Selamat pg semua , wah ari nie baru aku masuk keje setelah semalam aku bercuti ...nak relax kan diri yang bz nie ...cuti aku kali sungguh bermakna n best sangat sebb bercuti bersama orang yang aku sayangi ...terima kasih cause sudi luangkan masa ngan saya ....heheheheheheh ...best sangat start jumaat malam sampai isnin tghari aku luangkan dan habis kan masa ngan dia , best sangat2...
25-06-2010 - dah lewat pun dia sanggup datang nak teman kan aku kat umah sorang2 best nya ...sayang sangat kat dia ...
26-06-2010 - ermmm bermula percutian kitaorang ...lepas aje bfast kita pun gerak pi seremban ..checkin kat seri malaysia...okay lah tempat nice ...best sangat ...sblum esok nya kitaorang akan ke desa lagoon for next trip heheheheh
27-06-2010 - the day , check in kat desa lagoon , wow best nyer tmpt dia ..nice ...best sangat ..privacy sangat cause tak ramai orang on sunday ....nyaman tanpa ganggu budak2 yang bising ...best sangat dapat together with dia ...hehehehhehehe
28-06-2010 - huhuhu sedih nya dah kena balik umah ...tp yang best tetap akan aku kenang sampai bila bila ...tq so much sayang ...syang awk sangat2.........
Friday, June 25, 2010
Selamat Berjaya ..Izwan Karim (Nephew)
Hari nie anak buah aku masuk UITM cawangan Seri Iskandar kat Perak dalam jurusan Interior Architect. huhuhuhuh sedih juga cause tak penah pisah ngan dia since dari kecil hinggalah skarang ..aku okay sikit lah , yang paling sedih sure lah kak ngah aku huhuhuh anak dia , sure lah nangis lah tu ...Nama dia Muhamad Izwan dalam semua anak buah dia yang paling kreatif cam aku hehehehe..biasalah orang yang minat seni nie memang kreatif....semua lah pemikiran , kerja ..alamak puji diri sndiri lah pulak.....
Izwan , uncle doakan izwan berjaya dalam 3 tahun berlajar kat sana , dapat 4 flat okay hehehehehe...show ur talent ..cause i know u can do much better......kalau need apa apa just sms uncle k , cause uncle ada kawan kawan who can help u nnt .....
Thursday, June 24, 2010
Cuti
ermm tak sabar rasanya nak tunggu ari sabtu nie , ermmm best nyer ...rasa nak cuti aje ari nie heheheh nak bergerak ke sana , sana tu mana heheheh hanya aku yang tahu heheheheh....ermmm apa aku nak buat ermmmm sabtu , ahad n isnin nie , ermmm alang2 bercuti nie aku nak rehat betul.....tido aje lah gegegeg...apa lagi lah yang leh buat....
so ..wait for me okay muahhhhh
Tuesday, June 22, 2010
23 June 2010
Esok genap seblum aku kenal ngan dia , Alhamdulillah harap2 semua berjalan ngan baik lepas nie , selepas pelbagai dugaan yang datang ...aku tahu ia masih baru tp apa aku tak kisah ngan orang lain punya hal , yang penting aku seronok bersama dia ...walaupun dia jauh di selatan tp aku rasa cukup bahagia bersama dia , hehehehehhe tq so much sudi kat saya nie ...last weekend dia datang jumpa aku kat sini , kami pi makan2 , tgk wayang, makan satay heheheheh....seronok nyer ...
hujung minggu nie aku nak bercuti ngan dia , tp dekat aje kat PD hehehehehhe saja nak relax kan minda dan penat berkerja ....so tak sabar rasa nyer ...wait for me
Tuesday, January 05, 2010
CINTA
Cinta itu Indah , Cinta itu Suci
Cinta itu Tulus , Cinta itu Murni
Cinta itu Molek , Cinta itu Cantik
Cinta perlukan Perngorbanan
Cinta perlukan Kejujuran
Cinta perlukan Keyakinan
Cinta perlukan Pengayatan
Kasih Landasan Cinta
Sayang Penguat Cinta
Cemburu Pemusnah Cinta
Ya Allah
Cinta ini cipatan mu
Cinta ini Kurnian mu
Aku takut kehilangan Cinta
Kuat kan diri ku
AKu ingin mencari Cinta....
Monday, January 04, 2010
Kenapa
Kenapa Pedih
Kenapa Sedih
Kenapa Duka
Kenapa Lara
Kenapa Sakit
Kenapa Perit
Kenapa terjadi Perpisahan
Semua dialami , Kenapa
Hakikatnya Semua Akan Rasa
Di Kala Hilang , Putus , Cerai
Terjadi Pasti Terjadi ,
Jangan Jadi kan ia Sebagai Alasan
Kuat Kan diri Mu Wahai Insan
Sungguh Kau Mampu Mengatasi
Bersama Teman2 New Year
Luahan Rasa
Kenapa Susah Nak Luahkan
Kenapa Payah Nak Berikan
Aku Hanya Mau Jjawapan
Bukan Alasan Yang Kau Berikan
Aku berani luahkan
Aku berani pertahankan
Aku berani perjuangkan
Aku berani diketawakan
Hakikat Aku Benar Ikhlas PADA MU
Akukan Sabar Menunggu MU
Akukan Sabar Jawapan MU
Hingga Kau Kecundang Pada KU
Luahan
bicara hati
luahan hati
rahsia hati
bahasa hati
banyaknya persoalan
banyaknya pertanyaan tak terungkai
tiada penghujung tiada muktamad
perlukah ada pengertian perlukah ada pengorbanan
andai hati terus berbicara
adakah insan yang mendengar
andai hati tak terluah
adakah terus berkubur disitu andai hati berahsia
adakah saatnya ia terluka andai hati ada bahasanya
adakah yang mengerti
ahhhhhh.........biarlah masa menjadi penentu
segala sampai waktunya kan terjawab jua segalanya tentang hati bicaranya
luahannya
rahsianya bahasanya hanya untuk dia.......!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)