Assalamualaikum WBT
Dah lama aku tak update blog aku , so dah tiba masa aku update blog aku , mungkin aku terlalu sibuk ngan kerja dan benda2 lain .
Hari nie ari kelima kita melangkah ke tahun baru , banyak lg yang belum aku kecapi pada tahun lepas 2007. Tension dibuatnya mana ngan keje lagi , tu nie dan sbagainya ...Hingga aku sendiri tidak ada masa pada diri aku sendiri ..
Tahun 2008 nie aku nak buat yang lebih baik lg , tak ader azam baru cuma azam tahun lepas dibawa ke tahun nie. Macam2 aku hadapi rintangan pada tahun 2007 . Byk suka duka aku tempuhi ngan sendiri. Alhamdulillah masih ader orang yang sayang pada aku yang sentiasa menyokong aku , Keluarga dan orang yang paling aku sayangi. Tp aku sering hadapi byk masalah bersama dia ianya nie orang yang aku sayang . Selama 9 bulan kami bersama dia seolah2 masih belum memahami aku lagi . Kecewa memang kecewa ngan sikap dia .. tp apa yang boleh buat melainkan membuat dia percaya terhadap aku . Aku akui yang aku juga ada salah pada dia , tp kemaafan telah ku pohon...apa lagi yang dia nak aku buat , tak cukup ker ngan kekesalan yang aku terima . Macam dia tak penah buat salah pada aku , tapi aku malas nak kecoh2..
Masalah kecil aje putus yang dia pinta , aku naik heran ngan dia ....sebab benda2 kecil sampai ke situ yang dia pinta , kalau tak fikir panjang memang aku putus saja tp sebb aku fikir suka duka bersama .. Aku sayang dia ....entah lah aku sentiasa berharap dia akan berubah ....selagi aku duduk , bersemuka , gelak bersama dia akan aku terus kan . Kalau aku tak berdaya aku terpaksa lepaskan juga dia ....mungkin itu jalan yang terbaik aku lakukan supaya dua hati tak bermusuhan terlalu lama....
Kenapa kebahagian yang kita cari begitu susah hendak kita kekalkan ... pasti ader perpisahan pada pehujung jalan. Mungkin nie adalah lurahan hidup , tak semua yang indah berakhir ngan indah dan tak semua yang pahit kekal pahit selamanya ...aku percaya kebahagian yang nyata dan pasti adalah kebahagiaan pada Allah kerana Hanya dia yang kekal . Manusia pasti akan mati ....Selagi aku hidup aku cuba utk menyayangi apa yang ada disamping aku .. aku pasti kan mereka juga turut bahagia disisi aku.....
Dari situ lah aku belajar apa tu kesabaran yang sebenar...Sabar ngan sikap , cara , ckp bila bersama dia .. tak apalah biarlah aku yang mengalah . Terpulang pada dia lah nak buat apa selepas nie , Aku hanya berdua saja ....
Sayangi lah setiap hubungan yang kita ader , ayah , mak , kawan , kekasih , abg , adik , kak or sebagainya. Kerana hanya kebahagia tu yang membuat kita kuat . apa yang aku merepek nie heheheheh ... anyway to all pembaca komen2 lah yer ./..hehehehehehh
Wassalam
No comments:
Post a Comment